ByrHASiL - Bayaran Cukai Pendapatan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Bersama Membangun Negara
 
            

PEMAKLUMAN

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa LHDNM akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan kad kredit di portal ByrHASiL bermula 1 Oktober 2022 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ianya disebabkan oleh pelaksanaan proses menaik taraf/penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank. Pilihan lain bagi melakukan pembayaran cukai, pembayar cukai masih boleh melakukan bayaran melalui medium berikut;

  • Bayaran melalui medium FPX di ByrHASiL
  • Bayaran melalui portal Perbankan Internet pelbagai Bank Komersial yang dilantik oleh LHDNM
  • Kaunter bayaran Bank Komersial yang dilantik oleh LHDNM
  • Bayaran menggunakan kad kredit di Kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan, pembayar cukai boleh merujuk laman web rasmi LHDNM menerusi;

  • ‘Perkhidmatan’ < ‘Individu’ < ‘Kitaran Cukai Individu’ < ‘Bayaran’ atau;
  • ‘Perkhidmatan’< ‘Syarikat’ < ‘Pembayaran Cukai Syarikat’ < ‘Kaedah Pembayaran’

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan boleh dikemukakan kepada LHDNM melalui:



PENAFIAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hakcipta Terpelihara 2015 © LHDNM