Dasar Pembatalan

Kegagalan Tranksaksi dan Bayaran Balik

Sekiranya berlaku kegagalan semasa transaksi e-Bayaran, pihak kami akan menguruskan pembayaran balik ke akaun pembayar cukai dengan kerjasama MyClear(FPX) dan bank pembayar cukai.

Tempoh bayaran balik (kredit) ke akaun pembayar cukai adalah secara automatik bagi Public Bank Berhad.

Manakala untuk bank-bank lain proses kredit ke akaun pembayar cukai akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja.

Pembayar cukai hendaklah melaporkan kepada meja bantuan e-Bayaran melalui Talian Khidmat Pelanggan 1-800-88-LHDN (5436) atau melalui borang maklumbalas di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my untuk mengemukakan aduan kegagalan tersebut.

Sila sertakan No. Transaksi FPX semasa membuat aduan untuk memudahkan pihak kami membuat semakan.

Pegawai Khidmat pelanggan akan memproses aduan tersebut dalam masa 7 hari bekerja.

Pusat Khidmat Pelanggan

Hubungi Talian Khidmat Pelanggan : 1-800-88-LHDN (5436) untuk maklumat lanjut.

Waktu perkhidmatan: Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang

Alternatif Kepada Pusat Khidmat Pelanggan

Sebagai altenatif, pembayar cukai boleh mengemukakan aduan kepada Biro Pengaduan Awam sekiranya menghadapi masalah ketika membuat pembayaran.
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Keselamatan Online | Dasar Pembatalan | Penafian
Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1280x800.
Hakcipta Terpelihara 2016 © LHDNM